Ubah suai Jata hina negara sendiri

101

 Wanita UMNO Malaysia menggesa agar Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan segera dan tegas terhadap individu yang telah mengubah suai lambang Jata Negara kerana tindakan tersebut telah menghina bukan sahaja lambang rasmi kedaulatan Malaysia tetapi negara Malaysia ini sendiri.

Selain boleh menggunakan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda sehingga RM20,000, Akta Hasutan juga boleh dikenakan kerana ia secara terang-terangan mahu menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong malah ia juga seakan mahu menyebarkan kebencian antara kaum dan agama.

Dr Noraini Ahmad

 Wanita UMNO juga mendesak pihak kerajaan mengharamkan dan merampas buku ini dari dijual di mana-mana kedai buku. Sekiranya buku ini berjaya diedarkan, maka Wanita UMNO bimbang akan ada individu yang bakal terpengaruh sekaligus memberi impak negatif kepada generasi muda khususnya.

Perkara ini amat serius dan tidak boleh dipandang ringan maka sekali lagi Wanita UMNO mendesak pihak berwajib mengambil tindakan segera.

DATUK DR. NORAINI AHMAD

KETUA WANITA UMNO MALAYSIA

29 JUN 2020

Get real time updates directly on you device, subscribe now.