Ramai lagikah saki-baki orang Mahathir?

233

Oleh: DATUK DR MOHD PUAD ZARKASHI

BEKAS Menteri Undang-undang Pakatan Harapan (PH), Datuk Liew Vui Keong kata, usul Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberhentikan Tan Sri Mohd Ariff Md Yusoff dan Nga Kor Ming tidak ikut rule of law.

Ada dua persoalan mengenai usul itu. Pertama, adakah mereka enggan meletak jawatan secara sukarela. Kedua, apakah wujud konspirasi untuk mensabotaj Parlimen?

Memang pelik, kedua-duanya masih Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Secara moral mereka patut letak jawatan kerana mereka lantikan PH.

Minggu pertama PH memerintah, Tun Raus Shariff (Ketua Hakim), Tan Sri Zulkifli Makinudin (Presiden Mahkamah Rayuan) dan Tan Sri Apandi Ali (Peguam) diarah berhenti segera. Manakala Tan Sri Dzulkifli (SPRM) berhenti sebelum diarah.

Ketika itu ramai pihak mempersoalkan tindakan Mahathir dan Daim memanggil Tun Raus mengadap dan diarahkan berhenti. Tun Raus Ketua Hakim Negara. Dia boleh menolak untuk jumpa.

Pengamal undang undang Ram Karpal Singh menganggap tindakan Tun Mahathir dan Tun Daim itu melanggar rule of law dan pengasingan kuasa. Eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman.

Pada beliau Tun Daim khususnya sudah melampaui batas. Perlembagaan Malaysia cukup jelas menyatakan bagaimana Ketua Hakim Negara boleh diberhentikan.

Artikel 125(3) Perlembagaan Negara menyatakan sebuah tribunal mesti dibentuk untuk memberhentikan Ketua Hakim Negara.

Justeru, Liew Vui Keong sepatutnya jangan hanya pandai bercakap soal doktrin pengasigan kuasa antara Eksekutif, Kehakiman dan Lagislatif (Parlimen). https://www.malaysiakini.com/news/53210

Dia patut tidak lupa apa yang PH lakukan terhadap Tun Raus.

Kalau diikutkan cara Tun M terhadap Tun Raus maka Tan Sri Hamid Bador (PDRM), Datuk Azhar Azizan Harun (SPR) dan Datuk Seri Gopal Sri Ram sudah lama meletak jawatan.

Ini bukan soal zalim. Merekalah yang enggan meletak jawatan sebenarnya yang zalim.

Parlimen sudah tentu jadi sarkas bila usul ini dibentangkan nanti sepertimana kecohnya negara bila tribunal pemecatan Tun Salleh Abas diwujudkan dulu.

Pokoknya, kita tidak mahu wujud kumpulan yang boleh dipergunakan untuk mensabotaj negara atau menjadi tali barut Mahathir.

Pengalaman sudah ada. Najib mahu ditangkap di pejabatnya kerana adanya konspirasi dari dalam yang didalangi Mahathir.

Penulis ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.