Hamzah arah PDRM siasat isu hina Jata Negara

82

29 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas dan segera berhubung isu penghinaan Jata Negara yang telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang dan Nama (1963) memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang meniru lambang yang serupa Lambang Kerajaan Persekutuan, Jata Negara.

“Saya telah arahkan PDRM untuk siasat dan ambil tindakan yang tegas dengan segera.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan tidak patriotik dan bertanggungjawab ini,” katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook miliknya di sini hari ini.

Pelbagai pihak telah tampil membuat laporan polis terhadap penerbitan buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang mana buku berkenaan mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

Lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.