Warga Felda jangan lupa penderitaan semasa era PH

36

28 JUN: Warga Felda tidak seharusnya lupa dengan penderitaan yang dialami mereka sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan berkuasa di negara ini dahulu.

Bekas Pengerusi Felda,Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, mereka sepatutnya merenung kembali bagaimana Barisan Nasional (BN) mengambil berat tentang kebajikan warga Felda dahulu.

“Harga bahan mentah dan hasil dari kebun peneroka jatuh. Kalau harga sawit rendah tentu kesannya terus kepada peneroka.

“Sebab itu isu utama yang harus diingat adalah kita mahu Felda di bawah PH atau semasa BN?” katanya seperti dilaporkan UMNO Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Muafakat Demi Kestabilan – Pemimpin Bersama Rakyat di Bandar Dara, Chini malam tadi.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu menambah, Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Felda bagi memastikan kawasan luar bandar turut membangun seiring dengan kawasan bandar.

Walau bagaimanapun, Shahrir mendakwa, bekas Perdana Menteri, cara pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah jauh berbeza dengan Abdul Razak.

“Tun Mahathir membina kemajuan hanya dibandar, dengan bangunan tinggi, dengan orang kaya supaya ada limpahan kemewahan turun ke bawah.

“Inilah teori pembangunan neoliberal, tertumpu kepada golongan kaya, bukan kemewahan yang berlaku dari bawah ke atas,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.