PRK Chini manifestasi kerjasama BN dengan PN

54

28 JUN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini merupakan manifestasi kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun PN belum didaftar secara rasmi, semangat gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan itu dapat diterjemahkan sebagai kesinambungan kejayaan beberapa PRK yang lalu.

“PRK DUN Chini adalah PRK keenam yang dilalui oleh BN namun PRK ini adalah satu manifestasi kerana ia adalah pertama kali BN bersama PN mengetengahkan calon BN.

“Sebelum ini menang atas Muafakat Nasional dan penyatuan ummah tetapi kali ini kita melihat bahawa PN walaupun belum berdaftar secara rasminya namun semangat PN diterjemahkan sebagai kesinambungan kejayaan PRK yang lalu,” katanya seperti dipetik dari laporan UMNO Online.

Berhubung calon BN, Mohd Sharim Md Zain, beliau memberitahu, apabila BN mengetengahkan generasi kedua Felda, ia bukan hanya manifestasi kepada peneroka Felda, pengundi di kampung tradisional dan kawasan Orang Asli, malah ia adalah suara anak muda yang terus diangkat apabila Mohd Sharim terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kelak.

“Saya yakin beliau bukan hanya dapat membawa isu rakyat namun suara anak muda juga,” ujarnya.

Ahmad Zahid juga percaya PRK DUN Chini bakal membuktikan BN masih diterima rakyat melalui kemenangan yang memihak kepada calonnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.