Seorang parah, dua cedera dalam kemalangan kereta api

103

27 JUN: Seorang individu cedera parah manakala dua lagi mengalamai cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta api syarikat kontraktor di Chegar Perah, Lipis, hari ini

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku di kilometer 260 pada pukul 9.30 pagi tadi.

Kereta api tersebut difahamkan terlibat dalam kerja baik pulih di landasan Chegar Perah semasa kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azli berkata mangsa, diselamatkan pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.