Mohd. Shafie calon PM PH ke-3?

114

27 JUN:Laluan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri semakin sukar apabila Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dijangka dicalonkan jawatan itu oleh Pakatan Harapan (PH) Plus.

Menurut laporan Borneotoday.net, difahamkan perbincangan itu telah bermula sebagai pilihan selain Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Anwar.

Perkara itu tersebar selepas tular dalam media sosial sejak semalam yang menunjukkan Mohd. Shafie disokong Dr. Mahathir ketika pertemuan beliau bersama ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam video itu Dr. Mahathir menyatakan beliau bersama beberapa bekas pemimpin Bersatu, Amanah dan DAP bersetuju Mohd. Shafie dicalonkan.

“Adalah kumpulan yang terdiri daripada wakil Warisan, wakil dari Bersatu, wakil daripada Amanah, wakil daripada DAP pun ada, kita empat parti ini bersetuju, jadi ia persetujuaan saya juga.

“Jadi saya harap sokongan kepada saya ini dibuat melalui sokongan pasal saya yang namakan dia, bukanlah saya seorang, yang lain pun bagi nama sama, jadi saya harap akar umbi akan terima pencalonan ini.

“Fikirkan, kalau saya tak ada. Ada orang lain. takkan saya nak ada selama-lamanya, jadi adalah lebih baik kita pindah supaya kita boleh tentukan orang yang ambil alih ini meneruskan perjuangan kita, itulah harapan kita sebab itu saya nak supaya kita sokong Shafie Apdal, kerana dia dan saya sependapat,” kata Dr. Mahathir.

Cadangan terbaharu itu bakal memecahkan tradisi apabila semua Perdana Menteri sebelum ini semuanya berasal dari Semenanjung.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.