Hanya gimik politik

138

27 JUN:Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dijangka dicalonkan jawatan itu oleh Pakatan Harapan (PH) Plus hanya gimik politik semata.

Bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah, Datuk Nani Sakam berkata, dakwaan itu tidak wujud dan pastinya tidak akan berlaku di samping hanya provokasi yang diwujudkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Itu provokasi politik sahaja.. Bukan benda benar tu. Pastinya tidak berlaku kerana di Sabah politiknya tidak stabil sekarang. Lagipun ramai juga pemimpin yg tidak suka Datuk Seri Shafie.

“Jadi, saya ingat dakwaan ini tidak benar. Kalau terjadi ini pun sebenarnya hanya gimik Dr. Mahathir sahaja,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Nani mengulas apabila terdapat dakwaan Mohd. Shafie dijangka dicalonkan jawatan itu oleh PH Plus yang difahamkan perbincangan tersebut telah bermula sebagai pilihan selain Dr. Mahathir dan Anwar.

Perkara itu tersebar selepas tular dalam media sosial sejak semalam yang menunjukkan Mohd. Shafie disokong Dr. Mahathir ketika pertemuan beliau bersama ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam pada itu, Nani memberitahu, dakwaan ini tidak akan menjadi kebenaran kerana bakal mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya dalam kalangan pemimpin Semenanjung.

“Saya kira pada dasarnya kita bersetuju pasal apa ada Perdana Menteri dari Sabah tapi saya kira tidak mungkin tukar Perdana Menteri dari Semenanjung kepada Sabah dan Sarawak dan tidak ada menyokong sepenuhnya” katanya.

Sementara itu, Nani berkata, gimik politik itu sengaja diwujudkan yang matlamat utamanya hanya untuk menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Saya pernah jumpa Dr. Mahathir dan ini hanya permainan politik beliau bagi menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Daripada dulu dia memang tak suka Anwar dan takkan pernah membenarkan Anwar untuk jadi Perdana Menteri,” katanya. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.