COVID-19: Britain tarik balik peraturan kuarantin pelawat

20

27 JUN: Britain mengumumkan akan menarik balik peraturan kuarantin dua minggu ke atas pelawat tiba dari beberapa negara ‘berisiko rendah’, selepas menerima tekanan daripada syarikat penerbangan serta sektor pelancongan.

Kerajaan memaklumkan, senarai negara terbabit akan dikeluarkan pada minggu depan.

Justeru, perbincangan akan diadakan dengan negara lain, termasuk Perancis, Greece dan Sepanyol, di mana perubahan terbabit dijangka berkuat kuasa mulai 6 Julai ini.

“Sistem penilaian risiko yang baharu akan membolehkan kita membuka sebilangan laluan perjalanan selamat serata dunia dengan berhati-hati,” kata seorang jurucakap kerajaan.

Pejabat Kementerian Luar akan turut mengemas kini panduan perjalanan, yang ketika ini melarang semua perjalanan tidak penting ke luar Britain.

Katanya, semua penumpang akan diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di dalam pesawat dan feri.

Britain memperkenalkan peraturan kuarantin terhadap pengembara yang memasuki negara ini, 8 Jun lalu, bersama janji untuk menilai semula langkah itu setiap tiga minggu.

Peraturan itu turut terpakai ke atas mana-mana warga tempatan yang pulang dari luar negara. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.