2 pemimpin DAP disaman

144

27 UN: Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff menghantar dua surat tuntutan kepada dua lagi pemimpin DAP hari ini.

Surat tuntutan dihantar kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan Penggerak Mahasiswa DAP UUM, Mohd. Farid Mohd. Azmi

Tuntutan ini dikongsikan oleh Kamarul menerusi akaun Facebook milikya yang menghantar surat tersebut atas dakwaan kedua-dua pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan ‘fitnah’ dalam bentuk hantaran Facebook dan juga artikel mereka yang disiarkan di portal berita.

Surat tuntutan itu memetik tujuh kenyataan daripada hantaran berkenaan yang dikatakan berunsur fitnah terhadap dirinya, antara lain, menuduh Kamarul Zaman ‘memalukan UUM serta semua warga universiti dengan tindakan saya dan sangsi kedudukan saya sebagai pensyarah universiti UUM’.

Mohd. Farid juga dipetik berkata, Kamarul telah membuat kenyataan berbaur tohmahan dalam akhbar Harakah, Utusan dan agensi media lain di samping menuduh beliau mempunyai motif yang sangsi dalam menyaman Syerleena Abdul Rashid dan tidak lihat kesalahan sendiri lalu menyalahkan pihak lain.

Terdahulu, Kamarul Zaman juga memulakan memulakan prosiding saman fitnah terhadap tujuh pemimpin DAP iaitu Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen; bekas Senator DAP Pulau Pinang, Ariffin Omar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Dr P. Ramasamy; ADUN Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid Omar dan Pengerusi DAP Kitang, Abdul Aziz Isa.

“Saya juga tidak akan terkejut jika Mohd. Farid Mohd. Azmi akan dihadapkan dengan tindakan daripada pihak lain di atas hantaran akaun Facebook miliknya pada 31 Mei lalu yang berbunyi Ingatkan Najib je main rasuah. Rupanya Muhyiddin lagi bapak segala rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, dua daripada 10 pemimpin DAP itu telah memberi maklum balas rasmi kepada pihaknya melalui khidmat guaman mereka.

” Walaupun MalaysiaKini pada 23 Jun lalu menyebut ‘Ramasamy mengatakan bahawa peguamnya telah menyiapkan surat tuntutan yang akan dihantar kepada Kamarul selewat-lewatnya pada 25 Jun’, sehingga kini surat tuntutan ini belum saya terima.

“Apa pun, saya sudah bersedia untuk berpindah dari dunia media sosial ke dunia mahkamah,” katanya. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.