‘Lebih baik Kit Siang pujuk Anwar terima Mahathir jadi PM’

70

26 JUN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya memujuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Kit Siang juga perlu memberi jaminan bahawa PH tidak akan meminggirkan Anwar walaupun Dr Mahathir diberi laluan untuk menjadi Perdana Menteri selama enam bulan.

Secara sinis, beliau berkata, hanya Dr Mahathir yang kononnya boleh mendapatkan nombor dan sokongan orang Melayu untuk DAP berkuasa semula.

“Uncle pujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim terimalah Tun Mahathir. Janji baru hanya enam bulan je. Datuk Seri Anwar Ibrahim pulak dah serik. Dulu pun dah janji. Sekarang nak janji lagi?

“Sebenarnya rakyat semakin lupa janji-janji itu. Rakyat pun dah lupa janji 100 hari manifesto PH. Rakyat pun dah lupa jasa-jasa PH semasa 22 bulan memerintah,” katanya dalam hantar Facebook miliknya, hari ini. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.