JPM tiada akaun Telegram

90

26 JUN: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan pihaknya ada mewujudkan satu akaun aplikasi Telegram menggunakan pautan https://t.me/jpmgov atas nama Jabatan Perdana Menteri.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, akaun Telegram itu adalah palsu dan masyarakat di minta agar tidak menekan pautan tersebut.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyertai pautan tersebut bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu.

“Jabatan Perdana Menteri hanya mempunyai akaun media sosial rasmi Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube,” katanya.

Dalam pada itu, JPM memberitahu, akaun Facebook pihaknya menggunakan nama @Jab.PerdanaMenteri manakala menerusi Twitter pula pautannya adalah twitter.com/jpmgov_.

“Akaun Instagram pula menggunakan pautan www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/ sementara menerusi YouTube, www.youtube.com/jabatanperdanamenteri

“Orang ramai yang mahu mendapatkan sebarang penjelasan lanjut, boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri melalui talian 03-88723435,” katanya. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.