GPS sokong Muhyiddin, bukan Anwar – Tun M

232

26 JUN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi tersebut, GPS sebenarnya menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Anwar kata GPS menyokongnya, tetapi saya melihat GPS menyokong Muhyiddin,” katanya seperti dipetik dari laporan Sinchew Daily.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui gagal menghubungi dan bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan.

“Saya tidak berjumpa dengan beliau, malahan tidak boleh menelefon beliau,” jelasnya.

Dr Mahathir juga tidak tahu mengapa GPD boleh berubah pendirian tidak menyokongnya.

“Beliau menyatakan sokongan 100 peratus kepada saya, oleh itu saya sangat gembira.

“Tetapi, apabila sampai masa menandatangan, mereka tidak menyokong saya,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.