Orang Asli Chini sokong BN, tak ikut cakap Tun M

51

25 JUN: Rakyat khususnya masyarakat Orang Asli yang mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini sudah bijak membuat pilihan biarpun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen untuk calon Bebas.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib berkata beliau yakin pengundi di kawasan DUN Chini pasti menolak calon Bebas disebabkan mereka tidak mampu membantu rakyat.

Menurut beliau, pandangan yang disuarakan oleh bekas Perdana Menteri ketujuh itu tidak akan diterima pakai oleh penduduk di Chini.

“Orang Chini akan tolak sebab mereka tahu calon Bebas tidak boleh menolong mereka. Apa yang dia boleh buat?

“Orang Chini sudah bijak termasuk Orang Asli, jadi apa Dr Mahathir cakap pun orang takkan pakai.

“Malah di PRK Cameron Highlands pun dia turun, tapi kali ini dia tidak turun. Cuma buat video, tapi kalau dia turun pun takkan ada sambutan,” katanya kepada media selepas melawat masyarakat Orang Asli Kampung Tasik Mentiga di Chini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas video kempen Dr Mahathir yang secara terbuka menyokong calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin.

Terdahulu, Dr Mahathir pada Selasa lalu menerusi video khas mengumumkan sokongan peribadinya kepada anak kepada bekas ADUN Bandar Pekan, Allahyarham Datuk Shamsiah Abdul Hamid tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.