KKM Arahkan Bukit Broga Ditutup

36

25 JUN: Bukit Broga di Semenyih, Selangor diarah ditutup mulai 27 Jun ini daripada sebarang aktiviti pendakian susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan ini dilakukan disebabkan tular dalam media sosial terlalu ramai pengunjung pergi ke kawasan reaksi tersebut.

“Sehubungan itu, KKM mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuatkuasa mulai 27 Jun ini sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

“SOP dan norma baharu yang sering ditekankan kerajaan
sememangnya bertindak sebagai sistem pertahanan negara kita terhadap penularan wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dr. Noor Hisham memaklumkan empat kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8, 600 kes.

Menurut beliau, daripada empat kes baharu berkenaan, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara membabitkan dua warganegara Malaysia dan seorang merupakan warganegara di dalam negara.

“Tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dikesan hari ini. Sehingga kini, sebanyak dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian
berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes, “katanya. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.