COVID-19: Hakim Korban Pertama Di Bangladesh

21

25 JUN: Seorang hakim Tribunal Pencegahan Penindasan Wanita dan Kanak-Kanak Bangladesh menjadi korban pertama akibat wabak COVID-19 di negara itu.

Memetik agensi berita Anadolu, sumber rasmi itu menyatakan Ferdaous Ahmed, 58, yang bertugas di daerah sempadan utara Lalmonirhat meninggal dunia di hospital tentera utama di Dhaka, semalam.

“Dia dijangkiti virus ketika melakukan tugas menerusi pengadilan maya,” kata Saifur Rahman, juru bicara pengadilan tertinggi negara itu.

Di tengah-tengah wabak virus itu, Bangladesh membenarkan proses prosiding dan kehakiman dilakukan secara maya pada 7 Mei lalu mengikut keperluan orang ramai.

Hingga kini seramai 40.000 banduan telah diikat jamin setelah perbicaraan sekitar 75,000 petisyen di mahkamah rendah negara itu, menurut catatan rasmi.

Ferdaous dimasukkan ke hospital tentera utama negara itu di Dhaka pada 7 Jun lalu setelah didapati positif menghidap virus tersebut.

“Ferdaous adalah hakim pertama yang meninggal akibat virus di negara kita,” kata Rahman, sambil menambah bahawa dia adalah salah satu dari dua hakim daerah kanan negara itu.

Menurut data rasmi terbaharu, 144 staf kehakiman dijangkiti virus itu, termasuk 32 hakim dan 80 pegawai lain di mahkamah rendah, sementara 32 pegawai dan pegawai di mahkamah tinggi.

Bangladesh, dengan populasi lebih dari 165 juta penduduk mencatatkan 122,660 jangkitan termasuk 1,582 kematian semalam, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.