2 Syarat Sebabkan PKR Tidak Sokong Tun M

901

25 JUN: Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak menyerahkan kuasa kerana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berasal dari parti multirasial.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang menyatakan, bekas Perdana Menteri tersebut berpendapat seseorang itu harus memenuhi dua syarat untuk menjadi Perdana Menteri.

“Dua syarat itu ialah dia harus orang Melayu dan kedua, berasal daripada parti Melayu. Pandangan ini telah tersimpan dalam genetik beliau.

“Inilah sebab Dr. Mahathir enggan menyerahkan kuasa kepada Anwar dan sebab PKR tidak menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi,” katanya dalam wawancara bersama Kwong Wah Yit Poh.

Saifuddin menambah, masa bekerjasama dengan Ahli Parlimen Langkawi itu telah mengajar mereka untuk mengelak daripada terjatuh ke dalam lubang yang sama banyak kali.

Beliau menyedari ramai penyokong PKR resah dan berharap parti segera memegang semula kuasa pentadbiran melalui rundingan dengan parti lain.

“Saya faham keresahan penyokong kami dan secara umumnya ada dua suara. Selain mahu Pakatan Harapan (PH) dapat berkuasa semula, ada juga berpendapat biarlah kerajaan yang dibentuk itu kukuh dan stabil dengan kerusi mencukupi,” katanya.

Nasihat Saifuddin kepada penyokong PKR, harap bersabar kerana proses pemulihan kuasa daripada Perikatan Nasional (PN) perlu dijalankan secara berhati-hati.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.