Mahkamah benarkan pinda pertuduhan terhadap Najib, Arul Kanda

80

24 JUN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pihak pendakwaan meminda pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit yang dihadapi mereka.

Memetik laporan BERNAMA, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pindaan terhadap pertuduhan itu tidak akan menimbulkan sebarang prejudis atau menyebabkan berlaku ketidakadilan terhadap kedua-dua tertuduh.

Walau bagaimanapun, Najib, 67, dan Arul Kanda, 43, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.