Bank Rakyat perkenal kempen Akaun Deposit-i Berjangka

211

24 JUN: Kempen tujuh bulan dan 11 bulan dilancarkan oleh Bank Rakyat melalui Akaun Deposit-i Berjangka (Individu) eksklusif untuk pelanggan sedia ada yang melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan bank tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed menyatakan bahawa kempen itu berlangsung mulai 15 Jun hingga 15 November ini.

Menurut beliau, kempen tersebut bertujuan menghargai pelanggan yang setia melanggan bersama Bank Rakyat dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar akibat penularan wabak COVID-19.

“Selain membantu merancang kewangan dengan bijak, pelanggan juga boleh meningkatkan potensi keuntungan dalam mendepani kehidupan norma baharu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rosman menambah, pelanggan hanya perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM10,000 dalam Akaun Deposit-i Berjangka dan boleh membuat pilihan untuk meletakkan deposit bagi tempoh 11 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 3.0 peratus setahun atau 2.8 peratus setahun untuk tempoh tujuh bulan.

Jelas beliau, keuntungan bagi kempen itu akan dibayar secara bulanan atau selepas tempoh matang, mengikut pilihan pelanggan dan akan dikreditkan ke akaun Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) pelanggan.

Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1-300-80-5454 atau melayari laman sesawang korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.