Rizab antarabangsa Bank Negara AS$102.8 bilion

16

23 JUN: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan nilai AS$102.8 bilion pada 15 Jun lalu berbanding AS$102.9 bilion pada 29 Mei.

Dalam kenyataan media semalam, bank pusat itu menyatakan, paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa (pada 15 Jun, 2020) terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$102.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas atau SDR (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.0 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$3.2 bilion).

BNM menambah, aset termasuk emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR, yang berjumlah RM444.90 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM10.47 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.72 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.95 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset lain (RM10.08 bilion).

Modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.45 bilion), mata wang dalam edaran (RM124.74 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.63 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM12.52 bilion), deposit lain (RM11.99 bilion), kertas Bank Negara (RM11.16 bilion), peruntukan SDR (RM7.87 bilion, dan liabiliti lain (RM2.80 bilion).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.