Noh Omar dilantik Pengerusi PUNB

592

23 JUN: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar kini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) selepas melepaskan jawatan sebagai Pengerusi MISC Berhad pada 17 Jun lalu.

Memetik laporan Edisi 9, Noh, 62, dikatakan berkelayakan menerajui perbadanan tersebut yang dilihat lebih tepat selaku bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi daripada PUNB berhubung pelantikan tersebut.

Noh turut menerima ucapan tahniah dalam Facebook darpada pelbagai pihak berhubung pelantikannya sebagai Pengerusi PUNB.

Noh pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mulai 2008 hingga 2009 sebelum menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2009 hingga 2013.

Dari 2014 hingga 2016, beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor sebelum kembali ke Kabinet sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 2016 sehingga 2018. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.