Arab Saudi Benarkan Ibadah Haji Dalam Jumlah Terhad

50

22 JUN: Musim ibadah haji diteruskan tahun ini dengan kerajaan Arab Saudi membenarkannya dalam jumlah yang terhad.

Memetik berita AGENSI, Kementerian Haji dan Umrah dalam kenyataannya berkata, berikutan pandemik COVID-19 masih memberi risiok terutama di ruang yang padat dan perhimpunan besar-bsar, kerajaan negara itu mengehadkan ibadah haji untuk rakyatnya dan jemaah daripada pelbagai negara yang sudah berada di negeri itu,

Keputusan itu diambil bagi memastikan ibadat haji dilaksanakan dengan selamat daripada perspektif kesihatan masyarakat dan memastikan semua langkah pencegahan serta protokol penjarakan sosial dipatuhi.

“Langkah yang diambil ini adalah seiring dengan ajaran Islam supaya memelihara nyawa manusia.

“Kerajaan yang menjadi Penjaga Dua Masjid Suci ini diberi penghormatan untuk memberi khidmat kepada berjuta-juta jemaah haji dan umrah setiap tahun.

“Ia mengesahkan keputusan yang diambil ini berdasarkan kepada keutamaan diberikan untuk menjaga keselamatan jemaah haji di darat sehingga mereka berangkat ke negara asal mereka.

“Kami memohon kepada Allah untuk melindungi semua negara daripada wabak ini serta menjaga dan melindungi seluruh umat manusia,” kata kenyataan tersebut.

Menurutnya, keutamaan Arab Saudi sekarang adalah memastikan jemaah-jemaah dapat mengerjakan haji dan umrah dengan selamat.

Oleh itu, sejak awal pandemik lagi Kerajaan Arab Saudi telah mengambil semua langkah berjaga-jaga termasuk menangguhkan kemasukan jemaah umrah.

Dalam pada itu menurut laporan Saudi Gazette, Sekretariat Kanan Majlis Ulama Umum mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas kebenaran umat Islam menunaikan ibadah haji.

Turut sama menyokong keputusan itu Imam Besar Al-Azhar iaitu institusi pendidikan tertinggi Islam juga menyokong langkah tersebut.

Sheikh Ahmed Al-Tayyeb mengatakan bahawa keputusan mempertimbangkan kelangsungan ibadah haji mencerminkan keprihatinan terhadap keselamatan para jemaah di dua Kota Suci itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.