Masjid Di Mekah Kembali Dibuka

123

22 JUN:Arab Saudi semalam menamatkan sekatan selepas tiga bulan mengenakan perintah kawalan pergerakan termasuk memberi kebenaran membuka kembali masjid di Mekah.

Memetik laporan agensi AFP, keputusan itu diumumkan kerajaan Arab Saudi meskipun angka kes jangkitan Covid-19 di negara tersebut masih menunjukkan peningkatan dengan terbaharu 157,612 kes dikesan dan 1,267 kematian dilaporkan.

Kebenaran tersebut diberikan beberapa minggu sebelum ibadah haji dijadualkan bermula.

Bagaimanapun penerbangan antarabangsa jemaah haji dan perhimpunan lebih 50 orang masih tidak dibenarkan.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga masih belum mengumumkan status ibadah haji tahun ini dan menggesa umat Islam menangguhkan dahulu persiapan ibadah rukun Islam kelima itu.

Masjid di luar kota Makkah telah dibuka pada penghujung bulan Mei, namun dengan peraturan yang ketat seperti penjarakan sosial dan lain-lain.

Tahun lalu, Arab Saudi menerima 2.5 juta pelawat dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah haji.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.