Dilema Anwar Kekal Atau Keluar PH – Chegubard

385

22 JUN: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa kini berada dalam dilema sama ada terus berada dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) atau keluar daripada blok pembangkang demi mengejar cita-citanya sebagai perdana menteri.

Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, kesakitan dan keperitan dilalui Anwar adalah satu pembalasan atau karma di atas perbuatan Ahli Parlimen Port Dickson itu menghina pejuangan ahli parti serta penyokongnya.

Beliau menambah, mereka telah banyak berkorban dan memperjuangkan pembebasan beliau sejak zaman reformasi 1997 lagi.

“Kesakitan inilah yang dirasai oleh penyokong Keadilan dan Anwar sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Beliau menghina perjuangan kami dengan mengatakan hanya luka kecil berpaling dari asas pejuangan parti dengan menyokong Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada PNBBC ketika dihubungi hari ini.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menambah, Presiden PKR itu tidak menghargai jasa serta pengorbanan dilakukan oleh bekas ahli parti dan penyokongnya.

“Sekarang kami boleh cakap padan muka Anwar, orang dalam Keadilan yang sudah berjuang berpuluh tahun lamanya kerana kesilapan mereka mempertikaikan Anwar calon Perdana Menteri, maka mereka terus dipecat tanpa usul periksa dan melalui proses sepatutnya.

“Tetapi hari ini apabila parti komponen PH enggan mencalon Anwar sebagai Perdana Menteri kenapa PKR di Pulau Pinang masih sujud dikaki DAP,” ujarnya.

Beliau juga turut persoal mengapa PKR Selangor tidak bertindak mengeluarkan DAP dan Amanah dari kerajaan negeri.

“Ini menunjukkan Anwar dan orang sekelilingnya hanya mementingkan jawatan dan tembolok masing-masing.

“Kalau betul kamu gentleman orang yang berjuang dengan kamu selama ini kamu boleh buang begitu sahaja tanpa proses yang betul kenapa kamu masih sujud dikaki DAP,” katanya. – HAIKA GHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.