600 ahli Warisan Sepanggar keluar parti

150

22 JUN: Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) Cabang Sepanggar, Sabah, Raisa Abd Ghaffur mendakwa lebih 600 ahli cabang berkenaan keluar parti bersama dengannya semalam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka hilang kepercayaan terhadap Ketua Warisan Cabang Sepanggar, Datuk Azis Jamman.

“Tindakan ini diambil atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak,” jelasnya.

RAISA ABDUL GHAFFUR

Raisa turut mendakwa sembilan daripada 81 cawangan dalam Warisan Cabang Sepanggar ditutup.

Perkembangan di Sepanggar itu merupakan bibit-bibit awal perpecahan dalam Warisan yang berpunca daripada hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti.

Warisan yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilihat berada dalam keadaan tersepit selepas Pakatan Harapan (PH) tidak lagi menjadi kerajaan Persekutuan pada hujung Februari lalu.

Walaupun dari segi politik Warisan bergabung dengan PH dan kluster Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan negeri Sabah meneruskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dari segi pentadbiran.

Keadaan itu mengakibatkan rakyat Sabah khususnya ahli-ahli Warisan tertanya-tanya apa sebenarnya pendirian pucuk pimpinan parti.

Di negeri yang berjiran dengan Sabah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendirian yang lebih jelas iaitu menyokong kerajaan PN dan menolak kerjasama dengan PH yang dikuasai DAP. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.