PKR Harus Tinggalkan DAP, Amanah

501


20 JUN: Sudah ada suara supaya PKR meninggalkan Pakatan Harapan (PH) apabila dua parti dalam gabungan itu, DAP dan Amanah tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ia berikutan tindakan kedua-dua parti itu menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri merupakan pengkhianatan kepada PH.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim menggesa agar PKR keluar dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP.

Zulkifli Ibrahim

Menurut beliau, dirinya turut menggesa agar ADUN Amanah dan DAP disingkirkan dari kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan setelah kedua-dua parti itu  ‘mengkhianati’ Anwar Ibrahim.

“Wajiblah Keadilan di Pulau Pinang untuk segera ambil ketetapan dengan keluar dan menarik balik sokongan ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana keengganan DAP dan Amanah untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

“Bukan itu sahaja di Selangor dan Negeri Sembilan PKR harus keluarkan ADUN DAP dan Amanah kerana ia mengkhianati matlamat PKR untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu, sebagai sebuah parti yang berprinsip, PKR harus mengambil pendirian tegas dan mengecam komponen PH yang seolah-oleh seperti kacang lupakan kulit.

“PKR sanggup menggantung, memecat anggota dan pimpinan parti yang jelas berjasa selama ini hanya kerana sedikit persoalan dalam matlamat menjadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri.

“Kini adakah PKR menikus depan komponen yang jelas kianat dan hina matlamat Anwar menjadi PM.katanya. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.