COVID-19: 6,000 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam

41

20 JUN: Sebanyak 6,000 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam menyaksikan jumlah kematian akibat COVID-19 terus menunjukkan trend peningkatan.

Menurut laporan AGENSI, data Johns Hopkins University menyatakan jumlah kumulatif kematian global mencecah angka setengah juta iaitu 457,190.

Amerika Syarikat kekal negara yang merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 118,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 47,000 dan 42,000 kes korban pandemik tersebut.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Sementara itu, jumlah pesakit yang telah sembuh daripada virus itu meningkat kepada lebih 4.2 juta orang setakat ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.