Arab Saudi longgarkan syarat buka masjid esok

27

20 JUN:Arab Saudi merancang membuka semula semula masjid di Mekah bermula esok selepas ditutup kepada umat Islam di akibat penularan COVID-19.

Menurut laporan sebuah stesen televisyen tempatan seperti dipetik AFP, bagi mengekang penularan wabak itu, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah khususnya di kota suci Mekah .

Namun, jumlah kes baharu jangkitan wabak berkenaan meningkat sejak kebelakangan ini.

“Masjid-masjid di kota suci akan mulai dibuka semula esok selepas ditutup tiga bulan akibat wabak COVID-19,” lapor saluran Al-Ekhbariya kelolaan negara itu.

Sebanyak kira-kira 1,500 masjid bersiap sedia untuk menerima pengunjung dan menurut lapor saluran televisyen itu menunjukkan pekerja melakukan operasi nyah cemar lantai dan permaidani.

Keputusan itu dibuat beberapa minggu sebelum berlangsungnya ibadat haji dan ziarah tahunan ke Mekah.

Walaupun ibadat haji akan diadakan pada akhir Julai, pihak berkuasa negara itu belum membuat sebarang pengumuman berhubung status ibadat berkenaan.

Di luar kota Mekah, masjid-masjid di tempat lain di negara itu dibuka semula pada akhir Mei, tetapi dengan peraturan ketat yang mengenakan jarak sosial dan langkah-langkah lain.

Arab Saudi yang menjadi negara Teluk paling teruk terkesan akibat pandemik COVID-19 melaporkan lebih 150,000 kes jangkitan, termasuk hampir 1,200 kematian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.