Sharim lebih layak berbanding Nizar – Najib

2,796

19 JUN: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa beliau memang memilih Mohd Sharim Md Zain sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan bukan anaknya sendiri, Datuk Mohd Nizar.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berpendirian, Mohd Sharim adalah lebih sesuai untuk mempertahankan kerusi BN walaupun Mohd Nizar selaku Ketua Pemuda UMNO bahagian memang layah dari segi jawatan, kepimpinan, pengalaman dan pendidikan selain menerima sokongan banyak pihak dalam parti.

Walau bagaimanapun, Najib menjelaskan, adalah amat janggal jika Mohd Nizar menang dan anaknya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan Parlimen yang diwakili beliau sendiri.

Pendirian itu juga telah dibincangkan beliau bersama Mohd Nizar yang bersetuju dan teguh dengan kesungguhan yang berkobar-kobar untuk membantu calon yang dipilih.

“Terima kasih Nizar di atas kesabaranmu dan tunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin.

“Nama saya bukan Anwar atau Mahathir mahupun Kit Siang dan UMNO bukan parti milik keluarga sesiapa,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, kedengaran desas-desus berhubung kemungkinan Mohd Nizar dicalonkan mewakili BN pada PRK DUN Chini yang berlangsung 4 Julai ini.

Najib juga yakin dengan kemampuan Mohd Sharim untuk berkhidmat dengan baik sebagai ADUN China apabila beliau menang kelak.

Sementara itu, Mohd Nizar dalam hantaran Facebook miliknya mengucapkan tahniah kepada Mohd Sharim dan menghargai pucuk pimpinan BN yang memilih calon dalam kalangan Pemuda UMNO Bahagian Pekan.

“Saya doakan Sharim akan menjadi pemimpin yang baik, dihormati ramai dan memikul tanggungjawab yang diberi dengan amanah,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.