Harga petrol naik 3 sen, diesel 4 sen

43

19 JUN: Harga bagi setiap liter petrol RON97 dan RON95 naik 3 sen, manakala diesel pula naik 4 sen berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 26 Jun 2020.

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan hari ini, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 adalah RM1.89, RON95 (RM1.59) dan diesel RM1.77.

Kenaikan harga tersebut dipengaruhi harga minyak diproses yang semakin meningkat selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terjaga,” jelas kenyataan tersebut. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.