Pelawaan Zahid tanda kelapangan hati MN – Saifuddin

191

18 JUN: Pelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada mana-mana ahli Parlimen Bebas dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai Muafakat Nasional yang menggabungkan BN dan PAS dianggap sebagai tanda kelapangan hati dua parti berkenaan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua parti tersebut dilihat semakin terbuka apabila sedia menerima mana-mana rakan sekutu dalam PN untuk menyertai Muafakat Nasional.

Walaupun berbesar hati dengan tawaran itu, beliau dan rakan-rakan politiknya menghormati persefahaman yang dicapai sebelum ini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Itu kenyataan yang menunjukkan kelapangan hati parti beliau. Saya secara peribadi, kami terikat dengan persefahaman Bersatu khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya hanya boleh kata terima kasih kepada beliau tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai pelawaan yang dibuat Ahmad Zahid, semalam.

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, Muafakat Nasional terbuka menerima Bersatu atau mana-mana parti yang lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.