‘Saya Akan Laksana Amanah di LPPKN Sebaik Mungkin’

146

17 JUN: Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mohd Nizar Zakaria berterima kasih dan berbesar hati dengan kepercayaan diberikan kerajaan dalam menerajui badan berkanun tersebut.

Walaupun LPPKN seharusnya diberi keutamaan kepada wanita sebagai peneraju, namun Mohd. Nizar berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya.

“Saya akan berusaha laksanakan peranan LPPKN dengan lebih baik dan memikul tanggungjawab dan amanah ini semampu yang saya boleh.

“Setakat ini, biarlah saya jalankan tanggungjawab saya terlebih dahulu kepada LPPKN sahaja,” katanya ketika dihubungi oleh PNBBC Portal, hari ini.

Mohd. Nizar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman yang mempersoal kewajaran pelantikan Ahli Parlimen Parit itu dalam jawatan agensi tersebut.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini melantik Datuk Dr. Narimah Awin sebagai Pengerusi LPPKN bagi menggantikan Datuk Mariam Mas Yaacob yang sudah tamat tempoh perkhidmatan bagi sesi 2015/2019.

Dr. Narimah telah 30 tahun berkhidmat di Kementerian Kesihatan dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.