Tuntutan palsu: Penasihat khas ahli Parlimen Johor ditahan

111

16 JUN: Seorang lelaki berusia 43 tahun bergelar ‘Datuk’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Lelaki terbabit merupakan seorang penasihat khas kepada seorang ahli Parlimen di Johor ditahan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM58,000.

Menurut sumber seperti dilaporkan FMT, lelaki itu difahamkan menyerahkan tuntutan palsu itu kepada pusat khidmat ahli Parlimen berkenaan untuk bekalan makanan bagi satu majlis rumah terbuka, walaupun kerja terbabit tidak disempurnakan.

“Tuntutan itu dibuat pada 2019 dan ‘Datuk’ itu baru ditahan di pejabat SPRM hari ini.”

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok untuk permohonan perintah reman.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.