Tunjuk komitmen tinggi penuhi kehendak rakyat

54

16 JUN: Komitmen tinggi dalam memenuhi kehendak rakyat berupaya memastikan Perikatan Nasional (PN) terus mentadbir negara sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penganalis politik, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin PN juga seharusnya mengurangkan politiking dan beretorik.

Beliau yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memberitahu, langkah itu boleh memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan PN yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MUHAMAD NADZRI

“Kurangkan politik dan bercakap, biar gerak kerja bukannya tindakan retrorik kita kerana rakyat sendiri yang akan menilai kita. Kalau nak berpolitik boleh, namun pastikan ianya seimbang dengan perbuatan dalam membantu menangani masalah rakyat.

“Mereka kini harus memikirkan bagaimana untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah domestik rakyat di samping mewujudkan idea-idea baharu seperti memperluaskan lagi ekonomi digital yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Muhamad Nadzri menambah, menteri-menteri Kabinet juga perlu bekerja keras untuk memenuhi harapan dan kepercayaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap agar mereka tidak berasa terlalu selesa dengan kedudukan masing-masing dan terus berusaha menambat hati rakyat. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.