Rais atau Radzi bakal Yang di Pertua Dewan Negara?

385

16 JUN: Pelantikan Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad sebagai Senator dijangka membolehkan seorang daripada pemimpin veteran Bersatu itu dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu.

Ini kerana tempoh Yang di Pertua Dewan Negara sekarang Senator Tan Sri S.A Vigneswaran dijadualkan tamat 22 Jun ini.

Vigneswaran yang jug Presiden MIC dilantik kejawatan itu pada 26 April 2018.

Majlis angkat sumpah Senator atau Ahli Dewan Negara membabitkan Rais dan Radzi berlangsung di Dewan Negara pagi ini.

Selain mereka turut mengangkat sumpah Naib Presiden PAS Idris Ahmad, N. Balasubramaniam dan Muhammad Zahid Mad Arip.

Kesemua mereka merupakan lantikan baharu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PNBBC portal difahamkan, Rais yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan dijangka pilihan utama dilantik sebagai Yang di Pertua Dewan Negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.