PRK DUN Chini: SPR terima 8 borang pencalonan

283

16 JUN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang akan diadakan pada 4 Julai ini menyaksikan sebanyak lapan borang pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang setakat hari ini.

Menurut Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli, empat borang dibeli wakil Barisan Nasional (BN) dan empat lagi oleh wakil bebas.

Memetik laporan BERNAMA, beliau berkata, borang pencalonan itu mula dijual 15 Mei lalu di pejabat SPR Pahang dan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

SPR menetapkan PRK DUN Chini diadakan pada 4 Julai dengan 20 Jun sebagai hari penamaan manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Allahyarhan Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi manakala calon Pas Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.