Eric Paulsen bukan lagi ahli MPKM

116

16 JUN: Setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan bahawa peguam, Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Perkara itu dinyatakan oleh kementerian berkenaan dalam kenyataan media, hari ini.

“Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak menjejaskan fungsi MPKM yang telah ditubuhkan pada 9 Jun lalu.

“Ia akan terus berperanan membincangkan dan dan menasihatkan kementerian dalam pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia selaras dengan matlamat kementerian,” jelas kenyataan itu.

Lantikan Eric dalam MPKM sebelum ini telah menimbulkan bantahan banyak pihak yang kesal dengan beberapa kenyataan Eric yang didakwa berunsur menghina Islam dan umatnya di negara ini.

Antara yang menggesa lantikan tersebut dikaji semula ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Dewan Ulama PAS Pusat. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.