Tiada transaksi meragukan kata pegawai bank kes Yayasan Akalbudi

151

16 JUN: Tiga lagi pegawai bank memberi keterangan dalam kes tuduhan salah guna dana Yayasan Akalbudi terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Saksi ke-55 perbicaraan, Penolong Pengurus Public Bank, Lisa Ng Tze Lan, mengesahkan bahawa cek Public Bank berjumlah RM80,000 bertarikh 16 Jun 2016 dibayar kepada Lewis & Co adalah milik Hwa Thong Bags Industries Sdn Bhd.

Beliau juga mengesahkan tandatangan pada cek berkenaan adalah milik Ong Weng Fatt dan Ong Weng Sang.

Sementara itu, saksi ke-56, Pengurus Operasi dan Perkhidmatan Citibank, Wong Lee Chin mengesahkan, pada tarikh 16/07/2016, cek Citibank bernombor 000000001 yang berjumlah RM170,000.00 telah dikeluarkan daripada akaun milik Ong Weng Fatt.

Beliau juga mengesahkan cek Citibank bertarikh 24 Jun 2016, dibayar kepada Lewis & Co berjumlah RM170,000.00.

Kedua-dua saksi tersebut menyatakan, semua cek berkenaan melibatkan transaksi biasa yang tidak menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, saksi ke-57, Pengurus Cawangan CIMB, Yong Jyi Kae mengesahkan bahawa seorang individu bernama Mohyiddin Al Halabi telah membuka akaun semasa bagi kategori individu di Cawangan CIMB Bank Starhill Gallery pada 31 Mac 2008.

Katanya, pegawai bank yang telah mengesahkan pembukaan akaun berkenan ialah Mu Wai Kiat,  13260.

Beliau turut mengesahkan cek berjumlah RM127,700 bertarikh 24 Jun 2016 ditandatangani oleh Mohyiddin Al Halabi.

Lee Chin juga mengesahkan cek bernilai RM233,444 bertarikh 24 Jun 2016 yang dibayar kepada Lewis & Co ditandatangani oleh Mohyiddin Al Halabi.

Beliau turut mengesahkan cek berjumlah RM222,300 bertarikh 24 Jun 2016 ditandatangani oleh Mohyiddin Al Halabi.

Lee Chin memberitahu mahkamah, tiada yang tersembuntyi dalam semua transaksi tersebut. Oleh NOOR HASILAH ISMAIL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.