Gelombang kedua, jangkitan baru di pasar Beijing cetus kebimbangan

38

15 JUN: Ibu negara China mengisytiharkan pasar borong di sekitarnya sebagai berisiko tinggi selepas berpuluh-puluh kes koronavirus baharu muncul semula mencetuskan gelombang kedua jangkitan di bandar ini.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan 44 kes jangkitan baharu koronavirus di Beijing yang kesemuanya ada kaitan dengan Pasar Borong Xinfadi.

Semua pekerja pasar berkenaan dan 46,000 penduduk di kawasan berhampiran akan menjalani ujian saringan.

Katanya, sebanyak 36 kes telah dikesan pada hari Sabtu semasa ujian besar-besaran dijalankan ke atas pekerja-pekerja pasar dengan lapan kes jangkitan dikesan semalam.

Mereka yang dijangkiti adalah yang pergi ke pasar tersebut dan mempunyai kontak rapat, kata pihak berkuasa Beijing.

Manakala 11 lagi individu yang tinggal di kejiranan sama.

Jurucakap bandar Beijing, Xu Hejian berkata, Beijing kini berada dalam ‘tempoh luar biasa’.

Semua pasar, kedai makan dan syarikat logistik di seluruh negara telah diarahkan menjalani disinfeksi.

Dengan pasar yang padat penduduknya dengan pergerakan orang ramai, penjejakan kontak perlu dilakukan dengan cara yang “paling ketat”, kata pihak berkuasa.

Pemerintah juga telah menyatakan Fengtai, daerah yang juga mempunyai pasar turut diletakkan sebagai berisiko tinggi.

Orang ramai diminta untuk tidak pergi ke wilayah ini sementara mereka yang telah mengunjungi pasar pada atau sebelum 30 Mei telah diminta untuk melakukan ujian saringan Covid-19 secara sukarela.

Pihak berkuasa Beijing telah mengeluarkan senarai kawasan yang mempunyai kes dan juga senarai tempat kerja mereka. Ia merangkumi dua restoran dan lima pasar, serta sebuah syarikat yang mengendalikan bas lapangan terbang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.