Tun M patut ke mahkamah dengar kes Najib, Zahid

304

Oleh DR RAHMAT OSMAN

Tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kolumnya Chedet memperlihatkan ketajaman fikirannya sudah semakin lemah.

Kelemahan itu disebabkan asid emosi dan sakit vertigo politik iaitu mabuk percuma politik melampau kini menular dalam darahnya dan amat sukar dibendung.

Mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melepaskan semua ahli politik yang kini dituduh seperti dalam tulisan memaparkan sikap kebudak-budakan yang semakin menyerlah.

Mungkin kerana faktor usia dan kekecewaan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disingkirkan di Kedah.

Membuat dakwaan Perdana Menteri akan melepaskan kes Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa orang lagi seolah-olah mahu memperlekehkan institusi kehakiman negara ini.

Untuk makluman Tun Mahathir, semua kes itu akan dan masih dalam perbicaraan. Umpama kes Datuk Seri Najib sudah hampir habis dan kes Ahmad Zahid akan disambung semula seperti biasa pada 15 Jun 2020.

Eloklah Tun datang ke mahkamah dan mendengar sendiri hujah serta bukti pendakwaan terpilih dan pendakwaan politik ini.

Ada saksi yang menceritakan bagaimana mereka dipaksa dan diugut oleh pihak berkuasa untuk memberi cerita dan hujah tertentu.

Dalam sistem prosedur dan undang-undang jenayah yang telah lama diamalkan di negara ini selama ini, setiap orang yang didakwa atas kesalahan jenayah adalah dianggap tidak bersalah melainkan setelah dibuktikan betul-betul bersalah (Dalam bahasa Inggeris: Innocent until proven guilty).

Adalah amat tidak wajar untuk Tun melemparkan seseorang dengan pelbagai jenis gelaran jenayah selagi seseorang itu belum dibuktikan bersalah oleh pihak mahkamah di akhir proses perbicaraan.

Mungkin disebabkan umur Tun yang panjang punya pengalaman yang lebih dan luas menguruskan mahkamah dan undang undang berbanding rakyat dan pemimpin negara ini. Maka dengan mudah Tun boleh membuat tuduhan sedemikian.

Pastinya penulis tidak tahu dan belum membaca bahawa sistem perundangan Malaysia menjatuhkan hukuman dengan mengikut penulisan di blog YABhg Tun. Dan penulis yakin mahkamah di Malaysia masih telus dalam menegakkan keadilan.

Akhir sekali, penulis mendoakan semoga Tun sihat walafiat dan berehatlah dengan anak cucu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.