COVID-19 belum reda, Trump mahu sambung kempen

32

14 JUN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tetap mahu meneruskan kempen mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua di Tulsa, Oklahoma pada 19 Jun ini.

Memetik laporan Xinhua, kempen itu bakal berlangsung dalam situasi COVID-19 masih belum reda di AS.

Data yang dikeluarkan oleh John Hopkins University menunjukkan lebih dua juta kes COVID-19 dikesan di AS setakat ini manakala jumlah pesakit yang meninggal dunia melebihi 113,000 orang.

Kempen Trump di Tulsa BOK Center itu bakal diadakan walaupun perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri walaupun perniagaan telah dibenarkan untuk beroperasi semula.

Sebelum ini, kempen pilihan raya Presiden AS anjuran Trump berlangsung di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Mac lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.