Tidak wujud isu antara Anwar atau Azmin- Daroyah

1,019

13 Jun: Dr. Daroyah Alwi menolak dakwaan banyak pihak yang menyatakan keputusan keluar dari PKR kerana beliau cenderung kepada kartel Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Jelasnya, keputusan tersebut diambil berdasarkan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan parti yang dikendali Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Tidak wujud antara Anwar atau Azmin, yang jelas kami memang tidak sokongan kepimpinan Anwar dan seterusnya kami akan bergerak secara Bebas,” jelasnya. 

Tambah Daroyah, keputusan itu juga turut dimaklumkan terlebih dahulu kepada Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amiruddin Shaari namun beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu. 

“Perkara ini telah dibincang dengan MB dan dia tidak bersetuju untuk saya buat Langkah ini, tapi bagi saya, saya harus ‘firm’ dengan keputusan yang dibuat, walaupun berat, 20 tahun kami dalam parti, tapi demi kebaikan bersama, sudah sampai masanya untuk buat keputusan ini,” jelasnya lagi. 

Dalam masa yang sama, Daroyah turut akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker negeri Selangor dengan segera. 

Mengenai peruntukan untuk rakyat Sementa pula, jelas Daroyah beliau yakin akan ada cara untuk memperoleh peruntukan seperti biasa meskipun bergerak sebagai Adun Bebas. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.