Pemimpin PKR dijangka keluar parti lagi petang ini

7,098

13 JUN: Drama PKR belum habis lagi, seorang lagi pemimpin PKR yang mempunyai kedudukan dalam pentadbiran Selangor dijangka letak jawatan petang ini. 

Tindakan itu difahamkan kerana kekecewaan beliau terhadap kepimpinan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Malah, Kerapuhan parti itu terus dilihat selepas  menyaksikan beberapa penyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali disingkirkan dari PKR.

Pastinya keputusan pemimpin PKR tersebut pada perang ini bakal memberi kesan kepada pergerakan sayap wanita parti, yang pada ketika ini dilihat sedikit tempang susulan keputusan parti menggantung Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha sejak April lalu.

Turut difahamkan, langkah yang diambil oleh pemimpin ini juga akan diikuti oleh beberapa lagi ahli PKR di peringkat ranting dan cabang, yang dilihat akan memberikan kesan kepada pergerakan parti di peringkat akar umbi. 

Tindakan pemimpin ini merupakan tindakan terbaru selepas Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @Jugah anak Muyang yang mewakili PKR mengumumkan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.