Misteri, 8 kubur besar ditemui di Tripoli

51

13 JUN: Lapan kubur besar ditemui di Tarhuna, 65 kilometer (km) dari tenggara Tripoli, kubu kuat terakhir Khalifa Haftar sebelum ditawan tentera Libya, minggu lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap penemuan itu di kawasan yang kini di bawah kerajaan perpaduan diiktiraf badan berkenaan, selepas pengunduran Haftar.

“Undang-undang antarabangsa menghendaki pihak berkuasa melakukan siasatan segera, efektif dan telus terhadap semua tuduhan kematian yang menyalahi perundangan,” kata PBB seperti dilapor TRTWorld.

Pertubuhan itu juga menyambut baik keputusan dibuat kementerian untuk menubuhkan pasukan siasatan.

Pengarah Hospital Tahuna, Aburawi al Buzeidi memaklumkan terdapat 160 mayat dalam bilik mayat, yang dipindahkan ke Tripoli dan Misrata oleh Bulan Sabit Merah.

Dalam pada itu, agensi berita Xinhua memetik Menteri Dalam Negeri Kerajaan Libya Disokong PBB, Fathi Bashagha memaklumkan pihaknya kini sedang mendokumentasikan jenayah itu.

“Kami menemui kontena berisi banduan yang dibakar hidup-hidup. Kami juga menjumpai kubur besar yang menurut laporan awal ada puluhan orang dikebumikan hidup-hidup,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.