Tiada kompaun lewat perbaharui daftar perniagaan SSM

219

12 JUN: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengecualikan kompaun terhadap kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan yang tamat tempoh 17 Mac lalu hingga 30 Jun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SSM, pengecualian itu bertujuan meringankan beban kewangan pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19.

“Pengecualian kompaun ini akan memberi manfaat kepada 270,000 pemilik perniagaan yang tamat tempoh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelas SSM.

Suruhanjaya itu menambah, Seksyen 12(1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956 menetapkan bahawa adalah menjadi kesalahan apabila seseorang itu meneruskan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk maklumat lanjut, pemilik perniagaan diminta menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau menerusi e-mel ke [email protected].

Get real time updates directly on you device, subscribe now.