Politik mesti stabil untuk pulih ekonomi

972

12 JUN: Kestabilan politik merupakan faktor penting dalam usaha memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Erwan Tahir berkata, selain itu, faktor luaran seperti pergolakan negara-negara kuasa besar Amerika Syarikat dan China memburukkan lagi keadaan ekonomi Malaysia.

“Kepada semua rakyat berbelanjalah mengikut keperluan dan sama-sama kita pulihkan Malaysia,” katanya kepada PNBBC Portal, hari ini.

Beliau juga yakin inisiatif yang diambil Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin khususnya Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) berupaya memulihkan ekonomi.

Erwan menambah, keadaan juga bertambah baik berikutan penularan COVID-19 kini berjaya dikawal berkat doa dan pematuhan oleh rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Oleh MOHD FAIRUZ YUSOF

Get real time updates directly on you device, subscribe now.