PRK DUN Chini: BN dijangka menang mudah

276

12 JUN : Pensyarah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani meramalkan BN menang mudah tanpa saingan sama ada daari PH atau Bebas dalam Plihanraya Kecil (PRK) akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menjelaskan perkara itu, Azizuddin berkata kemungkinan tiada calon bebas yang akan diletakkan sekaligus memberi kemenangan  kepada calon BN pada

“Kalau PH tak letak calon, dan calon BN letakkan calon yang  diterima rakyat, maka BN akan menang. Itu pasti.

“Kalau melihat pada corak politik di Chini sebelum ini, calon Bebas sukar diterima kerana rakyat di sana lebih menerima calon yang mempunyai parti politik.

“Jadi saya dapat merasakan yang tiada calon Bebas akan diletakkan di situ, bermakna BN akan menang dengan majoriti di DUN Chini,” katanya kepada PNBBC Portal.

6 Jun lalu, PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi mencabar calon kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Chini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata mereka membuat ketetapan itu selepas mengambil kira masalah Covid-19 yang masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara.

Tambah Azizuddin, kemenangan BN di Chini itu juga atas beberapa faktor, termasuklah DUN Chini berada dalam Parlimen Bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Malah kemenagan BN pada PRK sebelum ini juga turut mendorong rakyat untuk kekal memilih parti itu pada PRK kali ini.

Mengulas lanjut Azizuddin turut berkata tindakan PH yang tidak meletakkan calon di DUN Chini itu juga suatu langkah yang positif dalam memakmurkan demokrasi dengan tidak perlu bertanding di mana-mana kawasan.

“Demokrasi ni bermaksud tak perlu bertanding, menang kalah itu lain cerita.

“Tapi dalam masa yang sama, PH memang ada krisis dalaman yang perlu diselesaikan. Kawasan itu juga membuatkan mereka bimbang akan kalah besar, sebab Chini merupakan kubu kuat BN.

“Bagaimanapun ia hak parti masing-masing sama ada ingin bertanding atau tidak,” ujarnya lagi. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.