Berjaya Tioman Resort bakal ditutup operasi

119

12 JUN: Kesan penularan wabak Covid-19 dapat dilihat menjejaskan pelbagai sektor terutama sekali industri perlancongan. Beberapa hotel terpaksa di tutup berikutan mengalami kerugian.

Berjaya Tioman Resort di Pahang telah mengumumkan bakal tutup operasi pada 15 Jun 2020. Pastinya anda yang sudah mula merancang untuk menginap di sana terpaksa membatalkan hasrat anda ketika ini.

Untuk pengetahuan anda, sepanjang penutupan tempat penginapan tersebut, pihak pengurusan akan memulakan pembangunan semula yang diperlukan untuk menghidupkan semula resort yang berusia lebih dari 50 tahun ini.

Malah, pekerja yang diberhentikan akan menerima pampasan yang adil sesuai dengan Perjanjian Kolektif dan Akta Pekerjaan dimana berjumlah lebih dari RM8 juta.

Justeru itu, pihak pengurusan akan mempertimbangkan untuk pekerjaan kepada pekerja yang telah diberhentikan selepas resort siap dibangunkan semula.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.