103 pesakit Covid-19 sembuh

90

12 JUN: Seramai 103 lagi pesakit COVID-19 sembuh menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,168 kes atau 85.3 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes baharu pula, sebanyak dua kes dicatat dengan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 33 kes setakat pukul 12 tengah hari ini.

Jelas beliau, kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini 8,402 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 1,115 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 33 kes baharu yang dilaporkan, 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 17 kes penularan di dalam negara dan 14 individu bukan warganegara dan tiga kes dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Perincian bagi tiga kes dalam kalangan warganegara adalah masing-masing satu kes dari saringan kontak kepada kes positif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kes saringan pusat tahfiz di Selangor dan kes saringan kepada kes kematian di dalam komuniti,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat satu kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 119 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-119, iaitu kes ke-8,370 ialah seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 85 tahun.

“Beliau telah meninggal dunia semalam di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Keningau, Sabah. Ujian saringan ke atas beliau didapati positif COVID-19,” katanya. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.