PRK DUN Chini: BN umum calon 18 Jun

64

11 JUN: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 18 Jun ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman akan dibuat di Pejabat UMNO Bahagian Pekan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak memberi maklumat lanjut tentang calon tersebut.

“Soal calon kita serahkan pada pucuk pimpinan, namun apa yang pasti UMNO akan letakkan calon yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, timbul desas-desus tentang kemungkinan anak Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Mohd Nizar dicalonkan untuk mempertahankan kerusi BN itu.

Pada masa yang sama, Ahmad menyatakan bahawa UMNO tidak akan memandang rendah terhadap lawan walaupun DUN Chini dikenali sebagai kubu kuat UMNO.

Setakat ini, PH belum mengumumkan sama ada gabungan parti pembangkang itu akan bertanding menentang BN dalam PRK DUN Chini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.